Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 25 July 2012

Mimpi Ngeri Aku


Assalamualaikum..

Salam Ukhwah buat pembaca  blog wani.

Di sini, wani ingin menceritakan pengalaman wani. Benda ini berlaku baru-baru ini. Sesungguhnya Allah masih sayang dan ingat wani. Sesungguhnya, Allah ingin wani bertaubat dan kembali ke jalan Nya.. 



This is the story..

Facebook, Twitter adalah laman sosial untuk kita berhubung kan? Tak salah jika kita menggunakan laman sesawang ini untuk berkomunikasi. But, kadang2 kita salah gunakan laman sosial ini. Ada yang bermegah-megah dengan gambar2 yang mereka upload dalam facebook. Ada yang bernegah dengan title  “in a relationship with” , “engaged” , “married” , padahal mereka masih belum halal disisi Allah. Ada juga yang upload gambar mereka ber”dating” dengan  kekasih. Ada yang mencarut, mengata orang, mengumpat dalam laman sosial itu.. Astaghfirullah. Wani pun pernah buat benda2 itu satu masa dulu. Astaghfirullah. Maaf ye semua pembaca. Ini baru mukaddimahnya sahaja. Lets start the story..

Dari dahulu, sejak matrik lagi wani memang berniat nak berubah. But its like hangat-hangat tahi ayam. Bila rasa nak jadi baik, wani jadi baik. Bila rasa macam tergoda dengan duniawi sikit, wani lupa yang wani ni nak berubah.. Perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal. And yes, wani memang suka biarkan 9 nafsu itu menguasai diri dan fikiran wani. Then, bila habis matrik, wani still lagi baik, berpakaian sopan. But, kadang2 itu ada juga tersilap langkah. Wani ter”jatuh” hati dengan seorang lelaki yang wani gelar dia “Mr. A”. Ingat lagi tak? Time wani “couple” dengan dia, wani rasa happy sangat. Kadang-kadang, wani rasa bersalah sangat. Kerana wani tahu “couple itu HARAM”.. Ibarat nya, jika kita bela anak babi dari kecil pun, suruh dia mengucap dua kalimah syahadah, mandikan dia, bagi dia makan, bila babi itu dah besar, “babi” tadi tetap HARAM! Jika benda itu dah haram, haram juga lah namanya. Bukannya kita boleh halalkan benda yang haram. Kemudian, setiap kali wani solat, wani mohon pada Allah, jika Mr.A ini bukan jodoh wani, jauhkan lah dari wani. Tak lama lepas itu, Mr.A minta break dengan wani. Kecewa dihati ini hanya Allah yang tahu. Tangisan ini hanya Allah yang faham.


  

 Then, dari wani matrik lagi, ada yang cakap wani ni macam “Najwa Latif”. Ok, memang wani kembang seribu lah kan.. Hahaha. Bangga sangat2. Tapi bila fikir balik, kenapa nak bangga dengan artis yang juga hanya manusia biasa macam kita? Artis kentut pun busuk macam kita, makan pun tumpah macam kita, tidur pun berdengkur macam kita. Kita semua hamba Allah, umat Rasulullah. Semua sama. Astaghfirullah. Wani bersyukur dengan ciptaan Allah. Walaupun wani tak cantik, tak comel, tak manis, tak popular macam “najwa latif”, tapi wani terima seadanya  diri wani ini.

Baru-baru ini, wani kerap sangat marah. Tak tahu kenapa. Bila ada benda tak betul sikit pun, wani akan marah seharian tu. Mula-mula ingatkan wani ni tension sangat nak uruskan kemasukan ke Universiti Malaya. Tapi tak juga. Hati ni tak tenang. Nak marah sahaja kerjanya. And, one night, wani tidur. Lupa nak baca doa. Coz terlelap time baca novel. Tiba-tiba wani dapat mimpi buruk. Mimpi apakah itu? Nak tahu? Meh, wani citer..
Pada suatu malam, wani tengah borak2 dengan mama wani di ruang tamu. Tiba-tiba, wani terhidu bau kemenyan. Wani Tanya mama wani, dari mana datang bau kemenyan ni? Then, mama wani kata, tak tahu. Wani pun jenguk kat tingkap . Wani nampak ramai orang berpakaian putih tengah mengusung mayat. (Wow, scary lah bila teringat balik mimpi nih. Tapi seyes takot sangat.)… Kemudian, wani tengok lah orang2 tuh. Tiba-tiba orang2 tu semua pandang wani. Wani terkejot sangat! Apasal semua pandang wani? Diaorang ramai2 naik kat uma wani tingkat dua. Rumah wani apartmen.. Mama wani buka pintu. Wani peliklah , kenapa diaorang datang bawa mayat depan umah wani. Siap bau kemenyan yang sangat2 kuat pulak tu. Salah seorang daripada yang berpakaian putih tu suruh wani datang dekat dengan mayat tu. Bila wani pergi, dia suruh wani tengok muka mayat tu. Wani tak nak. (Wani takut tengok mayat coz terpengaruh sangat dengan cerita hantu pocong.).. Wani berkeras tak nak tengok mayat tu. Orang tu paksa juga. Bila wani buka bahagian muka mayat tu, GUESS WHAT, muka sape yang wani nampak itu? MUKA WANI! Ya Allah, kenapa muka wani? Orang ramai2 tadi senyum kat wani. Tiba-tiba je diaorang duduk depan rumah wani dan baca Yassin. Ya Allah, apa ni?! Kenapa korang semua baca Yassin?! Aku belum mati lah! Wani takot sangat. So, wani ambil keputusan untuk lari. Wani lari selaju-lajunya. Time wani tengah lari, gigi wani semua jadi rapuh dan gugur semuanya. Astaghfirullah, kenapa ni?! Kenapa gigi aku patah semua?!! Langkah wani terhenti dan ……… TERJAGA DARI TIDUR..!

Wani terjaga dari tidur lebih kurang jam4 lebih. Hidung wani ada bau kemenyan macam dalam mimpi tu tau. Wani takut sangat. Seyesly.. Terus wani citer kat mama. Mama kata kalau kita mimpi gigi kita gugur banyak, ada orang nak mati.. Ya Allah, siapa pula yang akan mati ni? Wani ke? Takot sangat… Bila bangun solat subuh, wani menangis minta Allah maafkan segala dosa wani, terima wani sebagai hambanya kembali.. Wani bersalawat ke atas nabi. Wani adalah umat Rasulullah. Wani ingin kan syafaatnya di padang Masyar nanti. Wani nak bertaubat.. Wani nak berubah..

Kemudian, wani baca buku “Biografi Agung Rasulullah”.. Wani menangis tatkala membacanya. Ketika wafatnya Rasulullah, malaikat izrail datang ingin mencabut nyawanya. Mengalir air mata Izrail ketika ingin mencabut nyawa Rasulullah. Rasulullah mengadu kesakitannya pada malaikat Jibrail, ‘Wahai kekasihku Jibrail, sakitnya mati ini, bagaimana umatku mampu menanggungnya?’ , ‘Wahai jibrail, kumpulkan sakit mati seluruh umatku biar aku yang tanggungsekarang ini’. Namun, permintaannya tidak diperkenankan Allah. Baginda membuat permintaan pada Jibrail, ‘Wahai jibrail, berilah berita gembira kepadaku sebelum aku meninggalkan dunia ini’.. Jibrail berkata, ‘ Pintu-pintu syurga dibuka dan para bidadari sedang berhias-hias menanti rohmu’.. ‘Wahai Jibrail, aku masih tidak gembira. Berilah aku berita gembira kepadaku’. Jibrail jawab, ‘ Sesungguhnya seluruh para malaikat sedang berbaris di langit dunia menantikan rohmu’.. Rasulullah mengulangi lagi katanya, .. ‘Wahai Jibrail, aku masih tidak gembira. Berilah aku berita gembira kepadaku’.. Malaikat Jibrail pun menyatakan, ‘Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah member jaminan bahawa tidak akan masuk syurga umat-umat lain melainkan umatmu dahulu memasukinya’.. Rasulullah senyum tatkala mendengarnya. Ini membuktikan cintanya yang mendalam terhadap umatnya dan akhirnya Rasulullah pergi menemui Allah dengan tenang. (Wani menangis kerana wani lupa pada Allah, wani lupa pada Rasulullah. Sedang Nabi Muhammad SAW sentiasa memnikirkan tentang umatnya..).

Kelebihan umat Rasulullah :
1. Kita sebagai umat akhir zaman.
2. Pahala yang berlipat kali ganda.
3. Syafaat Nabi Muhammad SAW
4. Penangguhan seksa di dunia.
5. Malam Lailatulqadar.

Memang kita tidak minta untuk menjadi umat akhir zaman. Namun Allah telah memilih kita untuk menjadi umat terbaik. Malahan, permintaan Nabi Musa ditolak oleh Allah kerana kita semua telah dipilih oleh Allah. Sedarlah kita semua, SEDARLAH! Kita telah dipilih oleh Allah untuk menjadi umat yang terbaik sepanjang zaman. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.. Amin…

Thursday 19 July 2012

Cantik Itu Subjektif

ASSALAMUALAIKUM..



Kecantikan manusia adalah anugerah Ilahi. Saya tak lah cantik mana. Namun saya redha dengan apa yang Allah beri pada saya. Kawan saya cakap cantik tu subjektif. Ada orang yang nampak cantik di mata semua orang, dan ada orang yang nampak cantik di mata sesetengah orang sahaja. Saya mengaku, kata-kata kawan saya itu ada benarnya.Jadi, saya tidak lagi mencuba untuk nampak cantik di mata sesiapa. Kerana saya tahu saya tidak mampu untuk kelihatan cantik.Kecantikan luaran saya tidak mampu ubah, tetapi kecantikan peribadi masih boleh saya miliki. Kecantikan akhlak, budi bahasa membuatkan saya juga memiliki ramai kawan. Biarlah rupa paras tidak cantik, asalkan peribadi dan akhlak saya cantik.


Saya pun menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh kerana saya selalu dengar, tidak guna cantik andai tidak berilmu. Saya ingin menjadi seorang yang berilmu.
Kekurangan saya, saya jadikan perangsang untuk berjaya. Saya berjaya kerana saya berusaha, bukan kerana paras rupa saya. Biarlah saya menang kerana memiliki ilmu bukan kerana memiliki kecantikan. Setiap orang memiliki kelebihan masing-masing, dan kelebihan tersebut perlu dicari dalam diri sendiri.Baru kini saya sedar, walaupun Allah tidak kurniakan saya kelebihan dari segi kecantikan, namun Allah telah memberi saya banyak kelebihan yang lain.


Saya berjaya buktikan kecantikan itu bersifat subjektif. Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa, namun kecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna, serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur. Alhamdulillah. Banyak pengajarannya daripada kekurangan saya ni.


Paling penting, kerana saya tak cantik, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.Saya ingin berpesan kepada saudari-saudari sekelian yang mengejar kecantikan. Tiada wanita yang lebih cantik, melainkan wanita solehah.Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK.

 Amin...

Wednesday 18 July 2012

Di Sebalik Kesedihanku

Assalamualaikum..



Setiap kesulitan pasti ada hikmah disebaliknya. Itu janji Allah. Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari kita kecuali Dia menggantikannya dengan yang lebih baik. Tetapi , itu apabila kita bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya.

LA TAHZAN, maafkan lah orang yang menyakiti kita itu lebih baik. LA TAHZAN, masih banyak nikmat yang diberikan kepada kita. LA TAHZAN, pilihan Allah adalah yang terbaik. LA TAHZAN, masih ada saudara dan orang yang menyayangi kita. LA TAHZAN, kerana kesedihan merosakkan badan. LA TAHZAN, nikmatilah apa yang kita miliki saat ini. LA TAHZAN, hadapilah kenyataan. LA TAHZAN, kerana Sesungguhnya kehidupan itu singkat dari apa yang kita bayangkan..


Bila satu musibah menimpa wani, tiba-tiba datang pula musibah yang lain. Wani selalu bertanya, “Kenapa wani? Wani tak kuat. Wani lemah. Depan orang memang wani tak tunjuk, tapi dalam hati wani, sape yang tahu. Orang lain tak faham apa yang wani rasa. Kenapa mesti wani?”… Walaupun, ramai yang suruh wani sabar, tenangkan hati , tapi susah. Wani memang tak kuat untuk tangani masalah semua tu. Astagfirullah..
One day, wani pergi ke hospital. Teman mama wani medical check up. Hari yang wani pergi tu memang hari untuk pesakit tua yang mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan ibu mengandung.. Then, wani pun duduk lah antara diaorang tu. Mula-mula wani duduk sebelah orang tua melayu. Dia cerita dengan kawan dia pasal anak dia. Ni lah antara perbualannya :


Si pencerita : Anak sekarang tak guna!
Si Pendengar : Kenapa pula awak cakap macam tu?
Si Pencerita : Saya ada 5 anak. Seorang pun tak nak jaga kami. Alasannya, diaorang tak de masa untuk jaga kami. Susah sangat ke jaga orang tua ni?!
Si Pendengar : Mungkin betul. Diaorang mungkin sibuk mencari duit untuk encik juga.
Si Pencerita : Hah! Kalau cari duit untuk kesenangan saya, taka pa juga. Ni tidak! Diaorang cari duit untuk kesenangan diaorang saja! Hari tu, isteri saya minta duit dekat anak bongsu. Anaka bongsu itu kata, “Ini bukan tanggungjawab saya. Mak minta lah pada abang yang sulung”. Patut ke seorang anak cakap macam itu? Sejuk ke perut ibu mengandung kalau cakap macam itu?
Si Pendengar : Ya Allah, tak sangka saya ada juga anak macam itu ye. Maaf kan saya. Saya tak tau nak bagi nasihat apa. Alhamdulillah, keluarga saya tidak ada pula yg macam itu.
Si Pencerita : Andai diaorang masih tak sedar diri lagi yang kami ni nak mati, saya minta sangat Allah tarik nyawa anak yang tak kenang jasa mak ayah tu!
Si pendengar : Jangan macam itu. Semua mak ayah sebenarnya mengharapkan dirinya mati dulu, kmudian baru anak-anak. InsyaAllah, mereka akan berubah satu hari nanti. Awak berdoa pada Allah sahaja ye.


Sedih kan? Wani yang dengar lagi sedih. Memang ada anak yang abaikan mak dan ayah diaorang.. Ya Allah, wani kesian sangat tengok yang Si Pencerita tadi. Serius sedih. Nampak dia ni uzur tau. Ok, then orang tua itu bangun pergi ke dalam bilik doctor. Hmmm. Datang pula orang yang mengandung duduk sebelah wani. Wani senyum je la. Then, dia cakap-cakap dengan wani. Ni la perbualannya :


Wanita : Awak nama apa? Duduk mana? Umur berapa ni?
Wani : Panggil wani. Saya duduk Bukit Sentosa. Saya 19 tahun.
Wanita : Belajar kat mana sekarang?
Wani : Saya lepasan matrik. Saya tengah tunggu nak masuk ijazah.
Wanita : Nanti adik belajar rajin-rajin tau. Acik ada benda nak cerita kat adik.
Wani : Cerita apa acik?
Wanita : Ada kawan acik kahwin umur 20tahun. Muda kan? Dia gatal sangat nak kahwin. Mak ayah dia bagi je la dia kahwin. Mula-mula family dia halau dia tau. Tapi satu hari, kawan acik ni balik umah mak dia sebab kat umah dia dah tak de beras. Laki dia tak kerja. Mak dia marah lah kat laki dia tu. Dulu nak kahwin sangat. Bila dah kahwin, duit tak de, kerja tak da, harta apa pun tak da. Ni, nak bagi anak bini makan pun tak mampu!. Acik kesian tengok kawan acik ni. Bila acik pergi rumah dia, dia hiding air kosong je. Badan dia pun kurus je. Anak dia ada yang mengidap penyakit kulit. Terbiar je. Kesian sangat.
Wani : Kesiannya acik. Apa jadi kat diaorang sekarang? (wani dah start sibuk nak tahu cerita seterusnya).
Wanita : Sekarang ni, diaorang dah bercerai. Mak perempuan ni suruh tinggalkan laki tak guna itu. Laki itu sekarang ni duduk kat pusat pemulihan dadah. Frust sangat agaknya sampai hisap dadah.
Wani : Pulak. Hmm. Takut pulak wani nak kahwin.
Wanita: Kahwin ni bukan suka-suka. Kahwin ni bukan untuk sehari tapi untuk selama-lamanya. Ayat manis time bercinta tak sama dengan time dah kahwin tau adik. Jadi, bila nak kahwin tu, Tanya diri sendiri dan pasangan adik tu, “Kita ni dah bersedia ke nak kahwin?”, “Kita ni dah cukup duit ke? Nanti dah kahwin, mesti aka nada anak. Cukup ke pendapatan kita ni untuk bela anak?”. Dan yang penting, APA TUJUAN KITA KAHWIN? Jika kahwin hanya kerana cinta itu INDAH, salah! Jika kahwin kerana RUPA, salah! Tanya diri itu dulu… Faham adik?
Wani : Ha… Ye acik. Wani faham. Nanti wani belajar betul-betul. Terima kasih acik kerana kongsi cerita dengan wani. Alhamdulillah…
Wanita : Acik hanya berkongsi je. The real life bukan seindah dalam cerita korea, cerita samarinda, cerita dongeng ye… Adik akan tau juga satu hari nanti…

The end…


Wani selalu sedih dengan apa yang berlaku dengan pada diri wani. Padahal, kat luar sana lagi banyak orang yang ada masalah. Masalah diaorang lagi besar dari wani. Lagi teruk! Untuk apa kita tangisi pada orang yang tinggalkan kita. Muhasabah diri sendiri. Fikirkan masa depan lagi baik. Sekarang, wani dah semakin rasa yakin dengan diri Wani. Wani tak nak tersilap langkah lagi. NO MORE! Sorry ye bagi yang sape2 yang wani pernah buat salah sebelum ini..  I believe in CINTA AFTER NIKAH… Macam Dena Bahrin pulak ye.. hahahaha. Allah knows the BEST for us…  

Monday 16 July 2012

Kesedihan Melanda


Kesedihan Melanda


“Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua cinta sejati yang ditunggunya..”


Siapa yang pernah merasa PUTUS CINTA, pasti akan tahu peritnya. Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah orang yang paling kita cintai. PUTUS CINTA adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Kenapa ada nya putus cinta? Mungkinkah kerana orang ketiga? Mungkinkah kerana dihalang oleh orang tua? Mungkinkah kerana tiada sefahaman lagi? Macam-macam alas an akan diberikan. Betul kan?! Ketika itu, lupa segala sumpah setia,aku janji,lafaz sehidup semati yang termeterai ketika sedang ‘syok’ bercinta. Sedihnya hati ini.. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cinta, belum tentu membawa kebaikan kepada kita.


The true story of mine..

Wani rasa dialah yang terbaik untuk wani. (You are  the answer to my prayer). Tetapi entah macam mana, si dia berpaling tadah. “Mengapa aku yang terpaksa menanggung derita ini?”… Wani sentiasa pujuk hati wani dengan mengaskan bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk wani. Mungkin dia terbaik, tapi untuk ORANG LAIN. Dan yang terbaik untuk wani pasti dating sebagai gantinya. Kadang-kadang, wani pernah Tanya diri wani, “Kenapa aku yang kena?” , “Kenapa aku yang malang?”… Tetapi, mama wani kata, “Kakak yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya terpaksa bercinta dengan Allah. Memang begitu rahmat Allah. Kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan”. Hmmmm. Jika seorang datang buat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti SABAR. Jika kita merasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Nasi sudah menjadi bubur wani.  Penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun wani kena muhasabah diri! Jangan pernah berkata yang hati wani kosong hanya kerana 'I have no boyfriend' sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.


Mesej dari kawan wani :

Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh Allah. Tidak sedikit pon Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuhnya mahupun hatinya kerana Allah teramat menyintainya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita pada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. Jika Allah datang kesedaran dalam diri kita untuk meninggalkan lelaki, bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijaganya. Mengapa masih ragu-ragu? Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya”. [Imam Ghazali]..



 Jadi, sekarang wani sedang kuatkan hati wani seperti sebelum ini. Hati yang lemah senang ditebuk syaitan. Jadi, wani kena kuatkan hati. Hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja. Sekarang Alhamdulillah, wani dapat menyambung ijazah di Universiti Malaya. Mungkin Allah pisahkan wani dari bf wani yang dulu kerana wani kena tumpukan pada pelajaran. Wani kena kejar cita-cita wani supaya wani dapat ubah hidup keluarga. Hanya wani harapan mama. Hanya wani dapat gembirakan hati nenek dan atuk yang sedang kesedihan.

Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

Ya Allah, ampunkanlah dosa wani. Wani sudah terjebak dengan budaya couple. Walaupun wani tahu ‘COUPLE’ itu haram. Maafkan lah hambamu ini. Ya Allah, Engkaulah yang Maha mengampun dan Engkaulah yang Maha mengetahui.

Meski ku rapuh dalam langkah,
kadang tak setia kepadaMU,
 namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu.
 Maafkan lah bila hati tak sempurna mencintaiMu,
dalam dadaku harap hanya diriMu yang bertakhta.


"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever."
Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.

Bagi pembaca blog wani, bagi sokongan pada wani juga ye.. Amin Ya Rab .

Sunday 15 July 2012

Tentang Cinta


TENTANG CINTA..

“Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendir, sebelum mencintai Allah!”

Tentang Couple..

“Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal.” [Al-Hadith]
Bagi ‘couple’ yang benar-benar serius, ingatlah bahawa semakin banyak kemanisan yang kita teguk dalam pergaulan bebas sebelum berkahwin, maka semakin tawar dan hambar pula pergaulan itu sebagai suami isteri nanti (selepas berkahwin). Sebaliknya, semakin kita dapat mengawal diri daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh Islam sebelum kita berkahwin, maka semakin manislah alam rumahtangga yang akan kita lalui bersama.

Jika benar-benar sayangkan pasangan anda,maka hormatilah dia, peliharalah dia dan perlakukanlah si dia sewajarnya seperti orang yang anda sayangi. Jika sayangkan permata,tempatkanlah ia di bekas yang selamat,dilindungi dan dijaga.. Jangan sesekali didedahkan. Bagi jejaka diluar sana, jagalah kehormatan si dia-bakal ibu kepada anak anda nanti. Sesungguhnya hanya ibu yang baik dapat mendidik anak yang baik.

Cinta VS Cita-cita..

Dahulukanlah cita-cita..Justeruia lebih konkrit,realistic dan diberi priority berdasarkan reality dan diri semasa anda. Kita mungkin akan kehilangan cinta dalam mengejar cita-cita, tetapi usah risau. Setelah cita-cita kita tercapai,pasti Allah akan ketemukan kita dengan cinta yang sebaik-baiknya dan semurni-murninya.

Cinta Indah Selepas Nikah..

Cinta selepas perkahwinan itu lebih indah kerana ia lebih mudah dibinaa atas dasar cinta kepada Allah. Allah telah menghalalkan perkahwinan dan memudahkannya untuk menjadi wadah bagi menyuburkan rasa cinta. Ertinya, perkahwinan memang berasaskan peraturan Allah. Jadi melalui ikatan itulah cinta dapat dibuktikan tanpa halangan dan sekatan lagi.

“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta  adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya.”

Fenomena era ini ------------->

Ketika sedang couple :

I love You! (kata manis dari mulut. Hakikatnya?)
Then, bila dah serius :

Jum nikah. :)

Bila dah kahwin, dah bosan, so?

Saya ceraikan awak dengan talak tutttt! (Ya Allah,janganlah ia nya terjadi pada aku.)
Then :

Menangis 10hari10 malam. hahaha..

So, the conclusion, kejarlah cita-cita dahulu. Kemudian, fikirlah tentang cinta. Cinta after NIKAH is more BARAKAH.. Amin.. :)

 

I Wish You Were Here


Assalamualaikum.. 

Aliff Haikal? Who is this guy? Hah? Who? I didn’t know who is he? Hahaha. He is nobody but he is an AWESOME blogger! He  is super duper cute boy! He want to be an accountant. Takkan TAK KENAL?

Ok, now wani akan cerita how I know him. Aliff haikal, macam mana kita kenal eh? Huhu. Takkan wani lupa sampai bila-bila. Wani start kenal dia time habis SPM. Dah lama wani kenal dia. Banyak juga kongsi benda dengan dia. Kami mula kenal dalam facebook, chatting dan lama2 mesej. Tapi sebagai KAWAN je ok! (jangan salah faham. Kang gf dia marah pula). Hihihi. Time habis SPM, mmg tak de keje kan, so online lah. Tu yang wani start rapat dengan Alep ni.

Then, kebetulan wani dan dia dapat masuk Matrik. Tapi dia matrik perlis, wani matrik kulim. Tapi dua2 dapat utara. Dulu time matrik, kami pernah rancang nak jumpa dia tapi jauh pula. Jadi, kami hanya berhubung melalui hanfon saja. Bila ada masalah, wani selalu kongsi dengan alep ni. Dear Alep, ingat tak wani pernah mengadu, “wani tak tahan duduk matrik. Rasa macam nak keluar gi SPA ke, diploma ke, mana2 lah. Tension sangat.”.. Tapi Alep banyak bagi sokongan juga. Dia buktikan kat wani yang duduk matrik tak susah sangat pon. Dia skor 4flat sem1. So, why not wani pon dapat macam tu? Tapi memang wani tak dapat lah skor 4flat. Alhamdulillah, pngs dan pngk yang wani dapat tetap ok. Alhamdulillah. Time bfday wani, wani borak ngn alep. Time bfday alep, alep kol wani. (walaupun kejap coz dia nak cakap dgn gf dia. Hahahaha)..


Wani nak berhenti matrik kulim ni. Wani nak ikut mak cik wani gi Indonesia. Wani akan sambung belajar kat sana. Nanti wani dah jarang jumpa alep.(padahal tak pernah jumpa pon). Hihihi. Nnti kita mesti dah jarang mesej. Num Indonesia dan Malaysia mahal kalau contact. Sorry lah alep kalau wani ada buat salah.”--------------------> Alep, ingat tak wani gurau ngan alep time nih? Hihi. Alep gelabah gila time nih. Dia ingat wani serius. Huhuhu… Wani rindu sangat saat kita borak dan gelak time nih. (walaupun sekejap).. hihi :)


What is best description bout Aliff Haikal? (untong la bakal iseri dia. huhu)
-          - Baik, lembut (bukan sotong ya) hahaha
-         -     Budi bahasa
-          - Pandai ye (untong lah)
-          - Hensem. Eh tak kot. Cute je.  :P
-          - Caring sangat tentang kawan2 dia
-          - Merendah diri walaupun dia ni Vogie The Vass Blogger!
-          - Wani suka tengok dia buat muka(mata dia besar), huhu


Aliff Haikal, walaupun kita dah lama kenal tapi kita tak pernah jumpa kan? Maklumlah, alep duduk kat Kluang, Johor. Wani pula duduk kat Kl. So, susah lah kita nak jumpa. I wish I will meet you one day Aliff Haikal. Now, alep akan sambung belajar Ijazah Perakaunan di UNISZA dan wani akan sambung Kimia Gunaan di UM. Lagi lah takkan jumpa. Sorang kat timur dan sorang lagi kat KL. Huhu. Jika ada jodoh, kita akan jumpa juga kan Alep? Hihi. InsyaAllah. 

Aliff, wani pon bole buat lah.. Hihi (saja je nih)

Comel tak? tapi wani tak da lah Cadbury. Aliff, nak sikit.

Aliff lagi comel!  :)



p/s : ALIFF HAIKAL, awak jangan lupa saya tau! Kita kawan sampai bila-bila. Kalau awak lupa saya, siap awak! Dush dush dush! Tumbok awak! (eiii geli lah cakap macam ni.) Tapi ingat tau alep. Hihihi . Thanks coz be my fren. <3

Saturday 14 July 2012

Kesedihan ku terubat di Bukit Tinggi

ASSALAMUALAIKUM...

Semalam, 14JULY2012, wani pergi makan angin ke Bukit Tinggi. Nak pergi France tak mampu. Jadi, pergilah Bukit Tinggi. Yang pergi semalam, cikgu Suzliana (kawan sekolah mama),anak Cikgu Suzliana (Bella),adik Cikgu Suzliana (Abg Haikal),My Mama  and I (wani). Hihihi.. Excited sangat pergi sana. Al-maklumlah, Bukit Tinggi tu memang tempat yang wany nak pergi. Nak pergi sendiri memang tak. Nasib baik ada orang nak ajak. Hihihi. Terharu pulak. Thanks a lot Cikgu Suzliana.

Bukit Tinggi memang tempat pelancongan. Syok sangat! Ramai orang PUTIH,ARAB u know..  Huhu.. Kita? Orang melayu.. Bila pergi sana,wani ternampak pasangan suami isteri sedang berbulan madu agaknya. Sangat ROMANTIK. Nanti dah kahwin, nak ajak suami ke sana jugak lah. Hahaha... (pokai lah husband wani nanti. tempat mahal kot) hihi...

Sampai2 ja, wani pi naik atas bukit. Ada Japanese Tea House. Siap pakai KIMONO you! huhu. Jadi macam orang Jepun sehari. Hihihi.. Opss. Bukan sehari, tapi 10minit.Harganya : 10 minit,RM20... Mahal tak? Tak pa la, sekali-sekala. Dua kali, dua kala. Hahahaha.. Then, wani turun bukit, masuk lah tempat nama Colmar Tropicale-French-themed Resort..  Tempat nya memang macam French. Pehh. Memang lawa! Superb! (ter over pulak). So, enjoy this pictures. Tapi ni gambar dari kamera wani. Gambar dari kamera Cikgu Suzliana lagi syok. Lagi banyak. Tunggu nanti wani update post lain. Ok?

Enjoy!

OTW to Japenese tea house. (bajet model)

In Komono! I loves THE POWER OF RED!

Japan you!

Syok sendiri tapi best sangat!

Colmar Tropicale

I LOVE THIS PICTURE!

Upppsss. With Abg Haikal and Bella  :)

Wani memang suka buat muka!

Princess of French (comel kan?)

Bukit Tinggi AWESOME!

Nanti nak pergi lagilah.. With HUBBY pula.. hoho.. Hubby? Lepas habis degree lah jawabnya. Kesedihan ku terubat di BUKIT TINGGI . :)

Wednesday 11 July 2012

Cinta Ditolak



   “Maafkan saya. Saya tidak dapat menerima cinta awak. Cukuplah sampai disini. Semoga Allah mengampuni saya jika saya bersalah. Saya tahu niat awak baik, tetapi saya bukanlah orang yang tepat.”

 

Tulisan ini mungkin pernah kita terima melalui SMS atau bermacam-macam cara lagi yang menyatakan hasrat cinta di tolak sama ada yang masuk ke inbox telefon kita atau secara berhadapan.Tentu remuk rendam hati dan perasaan kita. Cinta kita ditolak! Malu..! Dunia seolah-olah berakhir. Suasana hati berubah mendadak dan menjadi binggung tidak tahu harus berbuat apa.

Sesiapapun mungkin akan kecewa apabila keinginan dan cita-citanya tidak tercapai. Perasaan kecewa adalah sebahagian dari gharizatul baqa‘ (naluri mempertahankan diri) yang Allah ciptakan pada manusia. Dengannya, manusia adalah bukan robot, mereka mempunyai pelbagai emosi. Dapat gembira tetapi boleh juga untuk merasa kecewa.

Manusia memang tidak suka dengan penolakan. Mereka ingin semua keinginannya selalu dipenuhi. Padahal ditolak adalah salah satu daripada kehidupan kita. Hidup ini adakalanya tidak boleh memilih. Benar, cuba kita perhatikan, kita lahir ke dunia ini tanpa ada pilihan: sebagai lelaki atau perempuan, berkulit gelap atau cerah, berbeza suku bangsa. Rezeki dan jodoh juga adalah sesuatu yang diluar pilihan kita

Man propose, God dispose - Kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar, tetapi Allah jua yang menentukan segalanya. Ya, yang penting kita sudah IKHTIAR!

Ini Bukan Suatu Aib

Ditolak?

Pastinya perasaan Malu, kesal dan kecewa menjadi satu. Tetapi itulah bentuk perjuangan menuju pernikahan. Kita sememangnya tidak tahu apakah sang pujaan menerima atau menolak kita, kecuali setelah kita memberi tahu hasrat hati kita kepadanya.

Apabila ditolak tidak usah malu. Bukan cuma kita sahaja yang pernah ditolak. Ramai lagi orang lain yang senasib dengan kita. Jika seorang wanita melamar lelaki, dia tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh sebenarnya adalah mereka yang mendedahkan aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas

Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam.

Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu?

Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan

Berfikir Positif..



Firman Allah Yang Bermaksud:dan jangan kamu berputus asa dari dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” [Yusuf :87]  


Wani sendiri pernah lalui benda ni. Memang susah nak cari orang yang sayang kan kita. Bila kita suka seseorang itu, dan apabila kita luahkan padanya , DAN apabila dia menjawab, 

1. "Sorry. Saya dah ada gf"
2. "Sorry. Saya rasa lebih baik kita jadi kawan."
3. "Sorry. Saya tak pernah ada perasan kat awak." 

Pehh... Sedih sangat2....! Duduk dalam bilik 3hari3malam tak makan, tak buat apa2. Menangis ja.. hihi. Tapi wani tak lah macam itu. Menangis tu pernah, tapi  Alhamdulillah, kawan2, family banyak sokong wani. 


Wahai kawan2 diluar sana,  LA TAHZAN!

Sesungguhnya Allah ingin menemukan kita dengan yang lebih baik.. InsyaAllah.. :)

 




ASSALAMUALAIKUM...
Maaf ye. Copyright blog ini hanya milik Hazwani Nordin