Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 5 February 2013

Bersediakah Aku Menjadi Isteri?


Semalam, dalam kelewatan malam, wani keseorangan menonton youtube..Rancangan yang menarik perhatian wani ialah Semanis Kurma - Kahwin ke Belajar? Ada yang post benda tu kat blog. Satu topik yang bermakna jugak.


Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) 




Saya juga tumpang gembira tengok ramai kawan yang dah bertunang, kahwin. Amat teruja! Bila ada baby, lagi best kan! Ada baby, suami dan syurga cinta dalam rumah tangga..WOW! hahaha asyik merepek je saya..
Semua itu menjadi impian setiap wanita untuk mempunyai mahligai cinta yang dinamakan alam pernikahan. 
Siapa yang tak nak keluarga bahagia..kan..
saya?
Bersediakah untuk semua itu?
Bukan aku tak nak, tapi belum sampai masanya..
Belum ada calon pon ye..


Siapa tak pernah putus cinta kan? Putus cinta dengan kekasih lama menyebabkan saya hilang kepercayaan kepada diri sendiri dan tidak mahu dikecewakan kali kedua. Saya tidak berani menaruh harapan lagi.
Kadang2 bila saya suka seseorang, saya takut nak bagitahu sape2 coz takut si dia tak terima saya. Atas dasar apa saya tidak mampu melupakan kekasih lama? Seharusnya cinta yang dipupuk ditautkan kepada Allah, barulah kita sentiasa bahagia samada bersama atau berpisah. Kan? Saya sudah buat silap dulu. 


TIDAK ADA CALON? NO! TAK BOLEH CAKAP CAMTU    =,='


Ada satu artikel saya baca : “Selepas ini usah berkata “Tiada calon!” tetapi katalah “Sedang mencari calon!”. Jika berkata tiada calon, maka orang agak sukar menghampiri kita kerana kenyataan itu menggambarkan seolah-olah kita terlalu memilih. Sebaliknya kenyataan sedang mencari calon itu membuka ruang kepada orang ramai untuk lebih mendekati kita. Jika tidak menemui orang yang menawarkan diri, InsyaAllah akan berjumpa dengan orang yang sudi membantu.”


Jadi, why not kan? hahahaha. Lagipun, pernah ada yang bertanya pada saya , “" Bila kamu nak kahwin ?"



Perkahwinan bukanlah satu perkara yang harus kita permainkan atau perlekehkan. Ianya ada satu jalinan ikatan yang suci yang harus kita jaga. Sungguh saya takut akan penceraian. Saya benci dengan ungkapan kayu tiga. Saya takut dengan perpisahan. Memang ianya menyakitkan. Akan tetapi kadangkala hanya itu sahaja langkah terakhir yang harus kita lakukan. 


Persiapan sebelum bermulanya perkahwinan bagi saya tidak begitu penting berbanding dengan persiapan diri kita selepas bergelar suami isteri. Wang yang banyak tidak menjanjikan kebahagiaan. Keikhlasan hati, kejujuran diri, sikap saling bertolak ansur adalah salah satu perkara yang teramat penting demi menjaga ikatan perkahwinan.


Antara persoalan yang sering bertanya dalam hati saya :
1. Ikhlaskah saya untuk menerima si dia seadanya?
2.  Ikhlaskah saya untuk menerima setiap kekurangannya dan melengkapi hidupnya?
3. Sudah bersediakah saya untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah?
4. Bersediakah saya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada sang suami? 


Semoga dia dapat menerima saya seadanya. Allahu a’lam bissowab..


Sujudku padaMU Ya Allah untuk menerangi hatiku dan memintaMU memberi petunjuk yang benar dan laluan yang mudah untuk aku mengecap bahagia. 


Harus saya akui bahawa jauh di sudut hati saya, saya hampir bersedia untuk melangkah ke alam itu. Untuk berubah menjadi seorang wanita bukanlah mudah. Memerlukan pengorbanan. Perlu mematangkan diri sendiri demi menggalas sebuah amanah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk kaum wanita iaitu menjadi isteri yang taat pada si suami yang telah membimbing kita ke jalan yang benar. 




 
Kalau sudah tertulis dia jodohku, ia tidak akan ke mana-mana. Walau berjuta rintangan harus ku tempuhi, dia tetap akan jadi milikku. InsyaALLAH.

Maaf ye. Copyright blog ini hanya milik Hazwani Nordin