Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday 16 July 2012

Kesedihan Melanda


Kesedihan Melanda


“Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua cinta sejati yang ditunggunya..”


Siapa yang pernah merasa PUTUS CINTA, pasti akan tahu peritnya. Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah orang yang paling kita cintai. PUTUS CINTA adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Kenapa ada nya putus cinta? Mungkinkah kerana orang ketiga? Mungkinkah kerana dihalang oleh orang tua? Mungkinkah kerana tiada sefahaman lagi? Macam-macam alas an akan diberikan. Betul kan?! Ketika itu, lupa segala sumpah setia,aku janji,lafaz sehidup semati yang termeterai ketika sedang ‘syok’ bercinta. Sedihnya hati ini.. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cinta, belum tentu membawa kebaikan kepada kita.


The true story of mine..

Wani rasa dialah yang terbaik untuk wani. (You are  the answer to my prayer). Tetapi entah macam mana, si dia berpaling tadah. “Mengapa aku yang terpaksa menanggung derita ini?”… Wani sentiasa pujuk hati wani dengan mengaskan bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk wani. Mungkin dia terbaik, tapi untuk ORANG LAIN. Dan yang terbaik untuk wani pasti dating sebagai gantinya. Kadang-kadang, wani pernah Tanya diri wani, “Kenapa aku yang kena?” , “Kenapa aku yang malang?”… Tetapi, mama wani kata, “Kakak yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya terpaksa bercinta dengan Allah. Memang begitu rahmat Allah. Kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan”. Hmmmm. Jika seorang datang buat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti SABAR. Jika kita merasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Nasi sudah menjadi bubur wani.  Penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun wani kena muhasabah diri! Jangan pernah berkata yang hati wani kosong hanya kerana 'I have no boyfriend' sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.


Mesej dari kawan wani :

Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh Allah. Tidak sedikit pon Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuhnya mahupun hatinya kerana Allah teramat menyintainya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita pada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. Jika Allah datang kesedaran dalam diri kita untuk meninggalkan lelaki, bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijaganya. Mengapa masih ragu-ragu? Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya”. [Imam Ghazali]..



 Jadi, sekarang wani sedang kuatkan hati wani seperti sebelum ini. Hati yang lemah senang ditebuk syaitan. Jadi, wani kena kuatkan hati. Hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja. Sekarang Alhamdulillah, wani dapat menyambung ijazah di Universiti Malaya. Mungkin Allah pisahkan wani dari bf wani yang dulu kerana wani kena tumpukan pada pelajaran. Wani kena kejar cita-cita wani supaya wani dapat ubah hidup keluarga. Hanya wani harapan mama. Hanya wani dapat gembirakan hati nenek dan atuk yang sedang kesedihan.

Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

Ya Allah, ampunkanlah dosa wani. Wani sudah terjebak dengan budaya couple. Walaupun wani tahu ‘COUPLE’ itu haram. Maafkan lah hambamu ini. Ya Allah, Engkaulah yang Maha mengampun dan Engkaulah yang Maha mengetahui.

Meski ku rapuh dalam langkah,
kadang tak setia kepadaMU,
 namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu.
 Maafkan lah bila hati tak sempurna mencintaiMu,
dalam dadaku harap hanya diriMu yang bertakhta.


"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever."
Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.

Bagi pembaca blog wani, bagi sokongan pada wani juga ye.. Amin Ya Rab .

No comments:

Post a Comment

Salam Ukhwah. Berapa orang sayang wani? Comment jum..

Maaf ye. Copyright blog ini hanya milik Hazwani Nordin