Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 18 July 2012

Di Sebalik Kesedihanku

Assalamualaikum..



Setiap kesulitan pasti ada hikmah disebaliknya. Itu janji Allah. Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari kita kecuali Dia menggantikannya dengan yang lebih baik. Tetapi , itu apabila kita bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya.

LA TAHZAN, maafkan lah orang yang menyakiti kita itu lebih baik. LA TAHZAN, masih banyak nikmat yang diberikan kepada kita. LA TAHZAN, pilihan Allah adalah yang terbaik. LA TAHZAN, masih ada saudara dan orang yang menyayangi kita. LA TAHZAN, kerana kesedihan merosakkan badan. LA TAHZAN, nikmatilah apa yang kita miliki saat ini. LA TAHZAN, hadapilah kenyataan. LA TAHZAN, kerana Sesungguhnya kehidupan itu singkat dari apa yang kita bayangkan..


Bila satu musibah menimpa wani, tiba-tiba datang pula musibah yang lain. Wani selalu bertanya, “Kenapa wani? Wani tak kuat. Wani lemah. Depan orang memang wani tak tunjuk, tapi dalam hati wani, sape yang tahu. Orang lain tak faham apa yang wani rasa. Kenapa mesti wani?”… Walaupun, ramai yang suruh wani sabar, tenangkan hati , tapi susah. Wani memang tak kuat untuk tangani masalah semua tu. Astagfirullah..
One day, wani pergi ke hospital. Teman mama wani medical check up. Hari yang wani pergi tu memang hari untuk pesakit tua yang mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan ibu mengandung.. Then, wani pun duduk lah antara diaorang tu. Mula-mula wani duduk sebelah orang tua melayu. Dia cerita dengan kawan dia pasal anak dia. Ni lah antara perbualannya :


Si pencerita : Anak sekarang tak guna!
Si Pendengar : Kenapa pula awak cakap macam tu?
Si Pencerita : Saya ada 5 anak. Seorang pun tak nak jaga kami. Alasannya, diaorang tak de masa untuk jaga kami. Susah sangat ke jaga orang tua ni?!
Si Pendengar : Mungkin betul. Diaorang mungkin sibuk mencari duit untuk encik juga.
Si Pencerita : Hah! Kalau cari duit untuk kesenangan saya, taka pa juga. Ni tidak! Diaorang cari duit untuk kesenangan diaorang saja! Hari tu, isteri saya minta duit dekat anak bongsu. Anaka bongsu itu kata, “Ini bukan tanggungjawab saya. Mak minta lah pada abang yang sulung”. Patut ke seorang anak cakap macam itu? Sejuk ke perut ibu mengandung kalau cakap macam itu?
Si Pendengar : Ya Allah, tak sangka saya ada juga anak macam itu ye. Maaf kan saya. Saya tak tau nak bagi nasihat apa. Alhamdulillah, keluarga saya tidak ada pula yg macam itu.
Si Pencerita : Andai diaorang masih tak sedar diri lagi yang kami ni nak mati, saya minta sangat Allah tarik nyawa anak yang tak kenang jasa mak ayah tu!
Si pendengar : Jangan macam itu. Semua mak ayah sebenarnya mengharapkan dirinya mati dulu, kmudian baru anak-anak. InsyaAllah, mereka akan berubah satu hari nanti. Awak berdoa pada Allah sahaja ye.


Sedih kan? Wani yang dengar lagi sedih. Memang ada anak yang abaikan mak dan ayah diaorang.. Ya Allah, wani kesian sangat tengok yang Si Pencerita tadi. Serius sedih. Nampak dia ni uzur tau. Ok, then orang tua itu bangun pergi ke dalam bilik doctor. Hmmm. Datang pula orang yang mengandung duduk sebelah wani. Wani senyum je la. Then, dia cakap-cakap dengan wani. Ni la perbualannya :


Wanita : Awak nama apa? Duduk mana? Umur berapa ni?
Wani : Panggil wani. Saya duduk Bukit Sentosa. Saya 19 tahun.
Wanita : Belajar kat mana sekarang?
Wani : Saya lepasan matrik. Saya tengah tunggu nak masuk ijazah.
Wanita : Nanti adik belajar rajin-rajin tau. Acik ada benda nak cerita kat adik.
Wani : Cerita apa acik?
Wanita : Ada kawan acik kahwin umur 20tahun. Muda kan? Dia gatal sangat nak kahwin. Mak ayah dia bagi je la dia kahwin. Mula-mula family dia halau dia tau. Tapi satu hari, kawan acik ni balik umah mak dia sebab kat umah dia dah tak de beras. Laki dia tak kerja. Mak dia marah lah kat laki dia tu. Dulu nak kahwin sangat. Bila dah kahwin, duit tak de, kerja tak da, harta apa pun tak da. Ni, nak bagi anak bini makan pun tak mampu!. Acik kesian tengok kawan acik ni. Bila acik pergi rumah dia, dia hiding air kosong je. Badan dia pun kurus je. Anak dia ada yang mengidap penyakit kulit. Terbiar je. Kesian sangat.
Wani : Kesiannya acik. Apa jadi kat diaorang sekarang? (wani dah start sibuk nak tahu cerita seterusnya).
Wanita : Sekarang ni, diaorang dah bercerai. Mak perempuan ni suruh tinggalkan laki tak guna itu. Laki itu sekarang ni duduk kat pusat pemulihan dadah. Frust sangat agaknya sampai hisap dadah.
Wani : Pulak. Hmm. Takut pulak wani nak kahwin.
Wanita: Kahwin ni bukan suka-suka. Kahwin ni bukan untuk sehari tapi untuk selama-lamanya. Ayat manis time bercinta tak sama dengan time dah kahwin tau adik. Jadi, bila nak kahwin tu, Tanya diri sendiri dan pasangan adik tu, “Kita ni dah bersedia ke nak kahwin?”, “Kita ni dah cukup duit ke? Nanti dah kahwin, mesti aka nada anak. Cukup ke pendapatan kita ni untuk bela anak?”. Dan yang penting, APA TUJUAN KITA KAHWIN? Jika kahwin hanya kerana cinta itu INDAH, salah! Jika kahwin kerana RUPA, salah! Tanya diri itu dulu… Faham adik?
Wani : Ha… Ye acik. Wani faham. Nanti wani belajar betul-betul. Terima kasih acik kerana kongsi cerita dengan wani. Alhamdulillah…
Wanita : Acik hanya berkongsi je. The real life bukan seindah dalam cerita korea, cerita samarinda, cerita dongeng ye… Adik akan tau juga satu hari nanti…

The end…


Wani selalu sedih dengan apa yang berlaku dengan pada diri wani. Padahal, kat luar sana lagi banyak orang yang ada masalah. Masalah diaorang lagi besar dari wani. Lagi teruk! Untuk apa kita tangisi pada orang yang tinggalkan kita. Muhasabah diri sendiri. Fikirkan masa depan lagi baik. Sekarang, wani dah semakin rasa yakin dengan diri Wani. Wani tak nak tersilap langkah lagi. NO MORE! Sorry ye bagi yang sape2 yang wani pernah buat salah sebelum ini..  I believe in CINTA AFTER NIKAH… Macam Dena Bahrin pulak ye.. hahahaha. Allah knows the BEST for us…  

1 comment:

  1. sabar okay wani . Allah takkan uji manusia di luar kemampuannye :)

    ReplyDelete

Salam Ukhwah. Berapa orang sayang wani? Comment jum..

Maaf ye. Copyright blog ini hanya milik Hazwani Nordin