Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 25 July 2012

Mimpi Ngeri Aku


Assalamualaikum..

Salam Ukhwah buat pembaca  blog wani.

Di sini, wani ingin menceritakan pengalaman wani. Benda ini berlaku baru-baru ini. Sesungguhnya Allah masih sayang dan ingat wani. Sesungguhnya, Allah ingin wani bertaubat dan kembali ke jalan Nya.. 



This is the story..

Facebook, Twitter adalah laman sosial untuk kita berhubung kan? Tak salah jika kita menggunakan laman sesawang ini untuk berkomunikasi. But, kadang2 kita salah gunakan laman sosial ini. Ada yang bermegah-megah dengan gambar2 yang mereka upload dalam facebook. Ada yang bernegah dengan title  “in a relationship with” , “engaged” , “married” , padahal mereka masih belum halal disisi Allah. Ada juga yang upload gambar mereka ber”dating” dengan  kekasih. Ada yang mencarut, mengata orang, mengumpat dalam laman sosial itu.. Astaghfirullah. Wani pun pernah buat benda2 itu satu masa dulu. Astaghfirullah. Maaf ye semua pembaca. Ini baru mukaddimahnya sahaja. Lets start the story..

Dari dahulu, sejak matrik lagi wani memang berniat nak berubah. But its like hangat-hangat tahi ayam. Bila rasa nak jadi baik, wani jadi baik. Bila rasa macam tergoda dengan duniawi sikit, wani lupa yang wani ni nak berubah.. Perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal. And yes, wani memang suka biarkan 9 nafsu itu menguasai diri dan fikiran wani. Then, bila habis matrik, wani still lagi baik, berpakaian sopan. But, kadang2 itu ada juga tersilap langkah. Wani ter”jatuh” hati dengan seorang lelaki yang wani gelar dia “Mr. A”. Ingat lagi tak? Time wani “couple” dengan dia, wani rasa happy sangat. Kadang-kadang, wani rasa bersalah sangat. Kerana wani tahu “couple itu HARAM”.. Ibarat nya, jika kita bela anak babi dari kecil pun, suruh dia mengucap dua kalimah syahadah, mandikan dia, bagi dia makan, bila babi itu dah besar, “babi” tadi tetap HARAM! Jika benda itu dah haram, haram juga lah namanya. Bukannya kita boleh halalkan benda yang haram. Kemudian, setiap kali wani solat, wani mohon pada Allah, jika Mr.A ini bukan jodoh wani, jauhkan lah dari wani. Tak lama lepas itu, Mr.A minta break dengan wani. Kecewa dihati ini hanya Allah yang tahu. Tangisan ini hanya Allah yang faham.


  

 Then, dari wani matrik lagi, ada yang cakap wani ni macam “Najwa Latif”. Ok, memang wani kembang seribu lah kan.. Hahaha. Bangga sangat2. Tapi bila fikir balik, kenapa nak bangga dengan artis yang juga hanya manusia biasa macam kita? Artis kentut pun busuk macam kita, makan pun tumpah macam kita, tidur pun berdengkur macam kita. Kita semua hamba Allah, umat Rasulullah. Semua sama. Astaghfirullah. Wani bersyukur dengan ciptaan Allah. Walaupun wani tak cantik, tak comel, tak manis, tak popular macam “najwa latif”, tapi wani terima seadanya  diri wani ini.

Baru-baru ini, wani kerap sangat marah. Tak tahu kenapa. Bila ada benda tak betul sikit pun, wani akan marah seharian tu. Mula-mula ingatkan wani ni tension sangat nak uruskan kemasukan ke Universiti Malaya. Tapi tak juga. Hati ni tak tenang. Nak marah sahaja kerjanya. And, one night, wani tidur. Lupa nak baca doa. Coz terlelap time baca novel. Tiba-tiba wani dapat mimpi buruk. Mimpi apakah itu? Nak tahu? Meh, wani citer..
Pada suatu malam, wani tengah borak2 dengan mama wani di ruang tamu. Tiba-tiba, wani terhidu bau kemenyan. Wani Tanya mama wani, dari mana datang bau kemenyan ni? Then, mama wani kata, tak tahu. Wani pun jenguk kat tingkap . Wani nampak ramai orang berpakaian putih tengah mengusung mayat. (Wow, scary lah bila teringat balik mimpi nih. Tapi seyes takot sangat.)… Kemudian, wani tengok lah orang2 tuh. Tiba-tiba orang2 tu semua pandang wani. Wani terkejot sangat! Apasal semua pandang wani? Diaorang ramai2 naik kat uma wani tingkat dua. Rumah wani apartmen.. Mama wani buka pintu. Wani peliklah , kenapa diaorang datang bawa mayat depan umah wani. Siap bau kemenyan yang sangat2 kuat pulak tu. Salah seorang daripada yang berpakaian putih tu suruh wani datang dekat dengan mayat tu. Bila wani pergi, dia suruh wani tengok muka mayat tu. Wani tak nak. (Wani takut tengok mayat coz terpengaruh sangat dengan cerita hantu pocong.).. Wani berkeras tak nak tengok mayat tu. Orang tu paksa juga. Bila wani buka bahagian muka mayat tu, GUESS WHAT, muka sape yang wani nampak itu? MUKA WANI! Ya Allah, kenapa muka wani? Orang ramai2 tadi senyum kat wani. Tiba-tiba je diaorang duduk depan rumah wani dan baca Yassin. Ya Allah, apa ni?! Kenapa korang semua baca Yassin?! Aku belum mati lah! Wani takot sangat. So, wani ambil keputusan untuk lari. Wani lari selaju-lajunya. Time wani tengah lari, gigi wani semua jadi rapuh dan gugur semuanya. Astaghfirullah, kenapa ni?! Kenapa gigi aku patah semua?!! Langkah wani terhenti dan ……… TERJAGA DARI TIDUR..!

Wani terjaga dari tidur lebih kurang jam4 lebih. Hidung wani ada bau kemenyan macam dalam mimpi tu tau. Wani takut sangat. Seyesly.. Terus wani citer kat mama. Mama kata kalau kita mimpi gigi kita gugur banyak, ada orang nak mati.. Ya Allah, siapa pula yang akan mati ni? Wani ke? Takot sangat… Bila bangun solat subuh, wani menangis minta Allah maafkan segala dosa wani, terima wani sebagai hambanya kembali.. Wani bersalawat ke atas nabi. Wani adalah umat Rasulullah. Wani ingin kan syafaatnya di padang Masyar nanti. Wani nak bertaubat.. Wani nak berubah..

Kemudian, wani baca buku “Biografi Agung Rasulullah”.. Wani menangis tatkala membacanya. Ketika wafatnya Rasulullah, malaikat izrail datang ingin mencabut nyawanya. Mengalir air mata Izrail ketika ingin mencabut nyawa Rasulullah. Rasulullah mengadu kesakitannya pada malaikat Jibrail, ‘Wahai kekasihku Jibrail, sakitnya mati ini, bagaimana umatku mampu menanggungnya?’ , ‘Wahai jibrail, kumpulkan sakit mati seluruh umatku biar aku yang tanggungsekarang ini’. Namun, permintaannya tidak diperkenankan Allah. Baginda membuat permintaan pada Jibrail, ‘Wahai jibrail, berilah berita gembira kepadaku sebelum aku meninggalkan dunia ini’.. Jibrail berkata, ‘ Pintu-pintu syurga dibuka dan para bidadari sedang berhias-hias menanti rohmu’.. ‘Wahai Jibrail, aku masih tidak gembira. Berilah aku berita gembira kepadaku’. Jibrail jawab, ‘ Sesungguhnya seluruh para malaikat sedang berbaris di langit dunia menantikan rohmu’.. Rasulullah mengulangi lagi katanya, .. ‘Wahai Jibrail, aku masih tidak gembira. Berilah aku berita gembira kepadaku’.. Malaikat Jibrail pun menyatakan, ‘Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah member jaminan bahawa tidak akan masuk syurga umat-umat lain melainkan umatmu dahulu memasukinya’.. Rasulullah senyum tatkala mendengarnya. Ini membuktikan cintanya yang mendalam terhadap umatnya dan akhirnya Rasulullah pergi menemui Allah dengan tenang. (Wani menangis kerana wani lupa pada Allah, wani lupa pada Rasulullah. Sedang Nabi Muhammad SAW sentiasa memnikirkan tentang umatnya..).

Kelebihan umat Rasulullah :
1. Kita sebagai umat akhir zaman.
2. Pahala yang berlipat kali ganda.
3. Syafaat Nabi Muhammad SAW
4. Penangguhan seksa di dunia.
5. Malam Lailatulqadar.

Memang kita tidak minta untuk menjadi umat akhir zaman. Namun Allah telah memilih kita untuk menjadi umat terbaik. Malahan, permintaan Nabi Musa ditolak oleh Allah kerana kita semua telah dipilih oleh Allah. Sedarlah kita semua, SEDARLAH! Kita telah dipilih oleh Allah untuk menjadi umat yang terbaik sepanjang zaman. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.. Amin…

1 comment:

  1. wani , serious haikal tertarik dengan mimpi wani tu . Ya Allah , takut nye kalau dpt mimpi mcm tu . Banyakkan berdoa kat Allah semoga takde apa-apa terjadi kat diri wani serta keluarga wani . InsyaAllah

    haikal ade baca buku biografi rasulullah . haikal hampir nangis bila baca part nabi Muhammad berinteraksi dengan malaikat izrail . Betapa sayangnya baginda kat kita semua :"(

    ReplyDelete

Salam Ukhwah. Berapa orang sayang wani? Comment jum..

Maaf ye. Copyright blog ini hanya milik Hazwani Nordin