Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 14 November 2012

♥ Azam Awal Muharam ♥


New Book in My Life

Where should I start?

Hari nie tenang saja, cuaca tak berape nak panas, mendung2 kelabu, awan terpilu, and cahaye yang tak bape nak lighting sangat. Pepagi yang indah and aman damai with angin sepoi2 bahase nie terdetik nak buat entry baru. Well, cantikkan bila melihat orang (kaum hawa) bertudung labuh tutup dada, baju pulak loose2 gitu. Kalau nak katakan budak remaja nowadays memang dah jauh terpesong, but still ada yang masih menutup aurat. Nowadays pun kite dah tgk kat tv, kebanyakan selebriti  dah pakai hijabSekarang pun dah banyak kat mall jual tudung berbagai2 jenis. All of that worthy for all the girl. bukan mahal sangat pun. RM 10 above je. Okay, stop about that. As a muslim we just advise each other and do the best thing for develop our religion together. Okay, let's facing our hand together ;)

Well, this is it! Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan, syukur ku ke hadrat Ilahi, sungguh rancanganNya itu terbaik buat umatnya. Terima kasih ya Allah.


Aku seorang siswi Universiti Malaya. Sebagai seorang pelajar semester 1, terasa kecil diri ini. Bukan pandai mana. Tapi ini rezeki Allah. Peluang hanya datang sekali :)  

Kisah ku bermula apabila melihat seorang siswi yang sangat manis bertudung labuh, sejuk mata memandang.Dia turun dari bas, aku terpegun seketika. Ya Allah, mungkinkah begini rupa bidadari syurgawi? Subhanallah. Terasa malu menyelinap dalam diri yang menutup aurat ala kadar sahaja. Dari dulu lagi, aku berazam suatu hari nanti aku pasti akan menutup aurat sepenuhnya. InsyaAllah. Dan sungguh, betul lah orang kata, bila niat kita baik, pasti Allah SWT akan tolong dan bila kita ingin jadi baik, Allah akan hantar orang yang baik untuk kita. Its true! Aku berjumpa dengan kawan yang baik2 belaka. Yang tak tinggal solat. InsyaAllah, aku akan cuba tutup aurat ku sepenuhnya. Secara jujurnya, aku bukanlah seorang muslim yang baik, tapi aku ingin menjadi baik dengan izinNya pasti. 



Harga perubahan itu sangat mahal. Siapa saja yang mahu berubah dari keburukan menuju kebaikan, pasti harus membayar harga yang mahal untuk mendapatkannya. Dia akan diuji dengan pelbagai ujian yang mungkin sedikit menggugah jiwanya di kala ingin melakukan perubahan.
Maka, Allah datangkan ujian supaya dari situ kita mula membina kekuatan yang ada pada diri kita. Mungkin di sepanjang ujian, akan mengalirlah air mata kita menangisi kepahitan-kepahitan ujian. Mengenangkan berat dan susahnya untuk menjadi lebih baik. Tetapi, janganlah bersedih. Jangan pernah berputus asa. Sungguh, Allah sedang bersama kita.




“Dan janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” [At-Taubah : 40]

“Dan janganlah berputus asa dan bersedih hati sedangkan kamulah orang paling tinggi jika kamu beriman.” [Al-Imran : 139]



Bila kamu sudah mula merancang untuk melakukan perubahan, maka teruskanlah. Jangan gentar dan jangan rebah dengan ujian-ujian di sepanjang jalan. Allah ada sedang memerhatikan. Allah ada sedang menjadi teman. Bukanlah setiap masa kita akan terus-menerus diuji dengan kesusahan dan kepayahan. Akan sampai juga satu masa nanti, sekiranya kita bersabar dan terus kuatkan diri, Allah akan memberikan hadiah dan kemenangan kepada kita. Kalau tidak sekarang atau tidak di dunia sekalipun, Allah telah sediakan ganjaran itu di syurga sana. Teruskan. Jangan pernah lelah dengan cabaran. Sampai suatu masa, bilamana kita terus berjuang mendapatkan hak untuk diri kita berada di atas jalan yang benar, maka Allah pasti akan datangkan bantuannya.

“Bilakah akan datangnya pertolongan Allah? Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

Kisah ini bukanlah untuk berbangga diri atau ingin mengatakan diri ini sudah cukup baik. Tapi ingin berkongsi sesuatu yang telah dirancangkan Allah SWT. Islam tidak menjanjikan mudah, tapi Islam menjanjikan Jannah. Sungguh, rancangan itu adalah terbaik untuk kita, let it flow dan berpegang pada janjiNya. Bila diri terasa lemah, sentiasa ingatkan diri dengan Jannah yang menanti. Anda pasti kuat. insyaAllah, Allah bersamamu sahabatku. Semoga kita semua dapat hidayahNya dan semoga Jannah milik kita kelak. Aminn. Doakan saya kuat dalam beristiqamah.

Tiada manusia yang sempurna diatas dunia ini. Jadikan lah segala yang berlaku disekeliling kita, sebagai satu pengajaran dan teladan. Kebaikan pasti sedang menunggu kita. Jangan cepat putus asa. Jangan cepat mengalah. Teruskan niat kita yang baik, insyaAllah dengan izin Allah, dengan keberkatan Allah. Kita pasti akan ketemu cahaya yang akan merubah diri kita, kepada sesuatu yang lebih baik. Wallahualam.

This is new ME :')

Monday 12 November 2012

Untuk Awak, Bakal Suamiku..


Hari ni wani nak sampaikan pesanan kepada bakal suami wani. hihi.. InsyaAllah.. Tetapi pesanan ini boleh dibaca oleh semua orang kerana ianya bukan pesanan peribadi. Hehehe. Jadi buat bakal suamiku, pesanan ini untuk awak.

1. Awak, saya tak tahu siapa awak, bila saya akan jumpa awak, di mana akan saya jumpa awak. Walaupun mungkin sekarang kita dah pernah berjumpa, tapi saya tetap tak tahu siapa awak. Jadi, apa yang saya ingin dari awak, supaya awak terima saya seadanya, sebagaimana saya akan cuba untuk menerima awak seadanya.

2. Awak, saya bukan seorang yang baik, bukan seorang yang mampu untuk membimbing semua orang. Tapi saya mahu awak tahu, saya ingin awak bimbing saya, saya ingin awak mengimamkan solat saya, saya ingin awak menegur jika saya melakukan kesalahan di mata awak dan saya juga ingin menegur awak sekiranya ada yang silap dari awak di mata saya.

3. Awak, sebagaimana saya ingin awak menerima saya, saya juga ingin awak menerima keluarga saya. Awak tentu tahu, saya adalah anak tunggal dalam keluarga saya. Jadi, saya lah yang menjaga ibu bapa saya. Jadi awak, sekiranya awak mencintai saya kelak, saya ingin juga awak mencintai keluarga saya. Saya juga akan cuba mencintai keluarga awak, sebagaimana sepatutnya saya lakukan,

4. Awak, sekiranya kita dikurniakan anak kelak, saya mahu awak dan saya bersama-sama menjadi pendidik kepada anak kita. Saya tak mahu salah seorang daripada kita sahaja yang akan bertungkus-lumus memantau anak-anak kita. Seeloknya, saya ingin menjadi seorang ibu dan guru untuk anak-anak saya, sementara awak jadilah guru ketika ketiadaan saya di rumah.

6. Awak, saya tak tahu samada saya sempat jumpa awak atau tidak. Andai kata saya tak berkesempatan untuk bertemu awak, saya ingin memberitahu bahawa inilah impian saya terhadap awak, sekian terima kasih, kepada awak, yang tidak saya kenali buat masa sekarang


Monday 5 November 2012

HeartBroken


Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita.
 Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain.
Mungkin ada silap dimana-mana.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik.
Sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

.FORGETTING is impossible BUT.
try to ACCEPT it.
InsyaAllah,it will eventually forget it by naturally.

 "sesungguhnya Kasih Allah itu lebih BESAR dr kekecewaan ku dan.
perancangan Alah itu lebih HEBAT dari angan-angan ku".


"Ya Allah. gantikanlah padaku yg lebih baik dari apa yg telah daku kehilangan."
Maaf ye. Copyright blog ini hanya milik Hazwani Nordin