Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday 15 July 2012

Tentang Cinta


TENTANG CINTA..

“Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendir, sebelum mencintai Allah!”

Tentang Couple..

“Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal.” [Al-Hadith]
Bagi ‘couple’ yang benar-benar serius, ingatlah bahawa semakin banyak kemanisan yang kita teguk dalam pergaulan bebas sebelum berkahwin, maka semakin tawar dan hambar pula pergaulan itu sebagai suami isteri nanti (selepas berkahwin). Sebaliknya, semakin kita dapat mengawal diri daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh Islam sebelum kita berkahwin, maka semakin manislah alam rumahtangga yang akan kita lalui bersama.

Jika benar-benar sayangkan pasangan anda,maka hormatilah dia, peliharalah dia dan perlakukanlah si dia sewajarnya seperti orang yang anda sayangi. Jika sayangkan permata,tempatkanlah ia di bekas yang selamat,dilindungi dan dijaga.. Jangan sesekali didedahkan. Bagi jejaka diluar sana, jagalah kehormatan si dia-bakal ibu kepada anak anda nanti. Sesungguhnya hanya ibu yang baik dapat mendidik anak yang baik.

Cinta VS Cita-cita..

Dahulukanlah cita-cita..Justeruia lebih konkrit,realistic dan diberi priority berdasarkan reality dan diri semasa anda. Kita mungkin akan kehilangan cinta dalam mengejar cita-cita, tetapi usah risau. Setelah cita-cita kita tercapai,pasti Allah akan ketemukan kita dengan cinta yang sebaik-baiknya dan semurni-murninya.

Cinta Indah Selepas Nikah..

Cinta selepas perkahwinan itu lebih indah kerana ia lebih mudah dibinaa atas dasar cinta kepada Allah. Allah telah menghalalkan perkahwinan dan memudahkannya untuk menjadi wadah bagi menyuburkan rasa cinta. Ertinya, perkahwinan memang berasaskan peraturan Allah. Jadi melalui ikatan itulah cinta dapat dibuktikan tanpa halangan dan sekatan lagi.

“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta  adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya.”

Fenomena era ini ------------->

Ketika sedang couple :

I love You! (kata manis dari mulut. Hakikatnya?)
Then, bila dah serius :

Jum nikah. :)

Bila dah kahwin, dah bosan, so?

Saya ceraikan awak dengan talak tutttt! (Ya Allah,janganlah ia nya terjadi pada aku.)
Then :

Menangis 10hari10 malam. hahaha..

So, the conclusion, kejarlah cita-cita dahulu. Kemudian, fikirlah tentang cinta. Cinta after NIKAH is more BARAKAH.. Amin.. :)

 

No comments:

Post a Comment

Salam Ukhwah. Berapa orang sayang wani? Comment jum..

Maaf ye. Copyright blog ini hanya milik Hazwani Nordin