Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday 12 August 2012

Bila “Si Nenek” ber-Shopping SAKAN


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog comel wani. 

Kenapa Si Nenek ? Saja je. Tengok gambar kat bawah ni.. 

macam nenek tak? tapi ni nenek comel :)

 Ada beberapa hari lagi nak raya kan? Mesti excited kan? Alhamdulillah. InsyaAllah amalan ibadah kita diakhir Ramadhan ini dapat keberkatannya. InsyaAllah…  Actually,wani nak cerita pasal ‘shopping raya’ saat akhir. Semalam wani dan kawan bernama iera keluar ke KL. Best sangat2! Sumpah BES! Ramai sangat orang beb (nak termuntah pun ada bila shopping ramai orang)! Kami keluar ke KL pada pukul 8 pagi macam tu lah. The first destination is MidValley Megamall. Pegi sana tak beli banyak pun. Wani pergi skirt labuh kat Cotton On. Lawa sangat2. Harganya RM30 je beb. Lagi murah dari shopping online. Wani dah survey harga dulu. Lepas itu wani gi kedai RM5 kat midValley tu. Tahu tak kat mana? Kedai HINODE. Wani siap ada member card kedai HINODE tu tau. Nampak sangat lah wani suka shopping situ. Kedai itu ada minyak yang WANGI dan LEMBUT. Harga cuma RM5… Murah kan! Beli minyak wangi botol kecil kat pasar malam pun RM10. Mahal lah sikit. Ikut korang lah. Wani memang suka shopping barang2 yang murah. 


After dah puas shopping kat MidValley, wani dan iera gerak ke Jln TAR (Tuanku Abdul Rahman) . 



Pehhhhhhh. Ramai gilax orang! Sumpah ramai! Lupa pulak hari wani keluar semalam adalah hari ahad. Rasa macam hari Isnin. Aduh, menyesal pulak rasa. Gi jalan area bazaar Ramadhan dia dulu. Bukan jual makanan buka puasaa ye, tapi mereka jual baju2 lah. Ramai orang dan kesesakannya dalam bazaar ramdhan tu dah macam wani shopping MALAM RAYA tahun lepas. Setiap 5minit orang kat situ cuma bergerak sikit je. Punyalah sesak. Lupa pulak nak tangkap gambar. Aduihhhh. Ni lah pengalaman kan. Aduihhh camna leh lupa. Tak pe la. Murah2 kot baju2 yang dijual. Pastu, wani masuk satu2 kedai kat area Jln Tar tu. Time tengah jenguk2 kedai kat kamdar,Nagoya tu, tiba2 terdengar ada suara promosi satu kedai ni , dia cakap macam ini , “Datanglah ke kedai kami. Kami menawarkan harga yang lebih murah dari barang yang dijual di Masjid India”… Bila dengar macam itu, wani terus gi terkam masuk kedai tuh. Bcoz Masjid India murah kot. Bila dia kata kedai dia lagi murah,memang tak caye lah. Bila dah masuk kedai itu, mak ai… Ramainya orang! Tapi tak pela. Nama pun murah kan. Masuk jela. Belek2 baju,tudung, MEMANG MURAH beb! Seriously! Tudung dia maybe kualiti rendah sikit tapi wani tengok tak ada beza sangat pun. Wani tengok tudung yang sama dekat The Store Sg Buloh RM30, tapi kat kedai ni harganya cuma RM9.80! MURAH sangat2! Giler banyak orang yang jual kat The Store tu ambil untung. Padahal benda tuh murah jer! Hampagas betul. Iera pun beli jugak. Wani habis RM20 untuk tudung. Iera habis RM30. Bukan main iera shopping. Hihihi. Alang2 ada kat area Jln Tar tu, wani ingat nak singgah SOGO. Kot2 ley merasa barang2 branded dengan harga murah. Tapi bila masuk, terus keluar balik. Bukan tak murah tapi tak sanggup tengok RAMAI sangat orang! Tak sanggup oh! 


Kaki dah start sakit dah. Kami pun gerak ke Timesquare pula. Tapi wani singgah Lowyat dulu. Kami nak beli  barang sikit kat situ. Alang2 dah sampai Low Yat, wani pun survey iPad,Android, Galaxy Tab dan kamera DSLR! Syoknya. Semua murah2 oh. Bila lah wani nak dapat benda itu… Idaman sejak dulu. Wani memang suka tangkap gambar dan ditangkap gambar. Hahaha. Bajet model kan. Biasa lah! (cepat tumbuk dan sekeh kepala wani cepat). Time sampai LowYat, dah pukul 1 lebih. So, kena solat dulu. Time nak cari surau tu, puas cari sign MOSQUE tapi tak de. Teruk pula rasa. Then,wani Tanya lah seorang penjual kat situ.Ini lah perbualan kami : 

Wani : Kat mana surau?
Lelaki itu : Yes, sorry?
Wani : Oh sorry. Where is the Mosque?
Lelaki itu : Mosque? What?
Wani : Surau , mosque!
Lelaki itu : Oh. Mouse! Here is the mouse. (dia tunjuk mouse untuk computer).
Wani : Ok. Its ok. Thank you!!!!! 

Wani dengan iera memang gelak sakan lah. Hampeh betul. Orang luar rupanya. Dahl ah tak faham bahasa melayu, pastu tak faham English pula tu! Buang air liur wani je tanya. Lawak betul!

Akhirnya jumpa juga surau. Terletak di B2 kat luar area parking kereta. Jauh jugak lah. Masuk surau, ada aircond! Memang syok lah kan! Lepas solat, tidur kejap. Lena jugak lah. Keluar Low Yat, hujan pulak. Time tengah tunggu kat pintu Low Yat tu, wani ngan iera borak2 lah sikit. Dan-dan ada seorang lelaki datang jual payung! Bagus betul orang nak berniaga! Tahu tak berapa harga payung tu?! RM10! Mahal lah! Wani pernah beli payung kat pavilion pun baru RM5! Lagi lawa. Pehhhh. Ambil untung betul orang itu! So,wani ngan iera redah je la hujan lebat itu. Basah pun basah lah. Bukan ada orang nak tengok pun.


Sampai TimeSquare, iera beli kemeja colour oren harga RM19.90. Murah juga lah. Bcoz kat pasar malam RM30. Mahal jugak kan. Tu yang wani suruh iera beli. Lawa! Kami just jalan2 je. Nak beli baju atau dress labuh, macam tak cukup duit. So, itu yang kami jalan2 je dalam TS tu. Pukul4 lebih terus gerak balik. Malas dah nak jalan2 TS tu. Kurangkan pahal wani je. Asyik nampak pasangan couple2 je. Rimas pula rasa. Pegang2 tangan, peluk2 bercubit2 pun ada… Tolong lah, janganlah kurangkan pahala puasa orang lain. Tak pasal-pasal, kitaorang tengok dan mengumpat pasal korang. Hmmm. On the way balik, wani tidur je dalam komuter…. Punya lenguh kaki ni, badan pun penat. Sampai merah mata tidur. Hahahaha…. 





 Itulah pengalaman shopping baju bila dekat sangat nak raya. Pengalaman yang takkan wani lupa FOREVER! Sayang kat iera bcoz awak teman kita shopping. Hahaha. Takkan lupa pada ‘lelaki handsome’ yang wani jumpa jugak. Awwwww…. Sabar wani.. 24tahun baru boleh kahwin.. Hahaha. Belajar dulu.
Bila si nenek shopping, memang pulun habis bila jumpa yang murah. Then, tidur je kejenya. Dlam surau, dalam komuter, tidur je…. Nama pun nenek, penat! Hahahaha…

3 comments:

Salam Ukhwah. Berapa orang sayang wani? Comment jum..

Maaf ye. Copyright blog ini hanya milik Hazwani Nordin