Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday 12 November 2012

Untuk Awak, Bakal Suamiku..


Hari ni wani nak sampaikan pesanan kepada bakal suami wani. hihi.. InsyaAllah.. Tetapi pesanan ini boleh dibaca oleh semua orang kerana ianya bukan pesanan peribadi. Hehehe. Jadi buat bakal suamiku, pesanan ini untuk awak.

1. Awak, saya tak tahu siapa awak, bila saya akan jumpa awak, di mana akan saya jumpa awak. Walaupun mungkin sekarang kita dah pernah berjumpa, tapi saya tetap tak tahu siapa awak. Jadi, apa yang saya ingin dari awak, supaya awak terima saya seadanya, sebagaimana saya akan cuba untuk menerima awak seadanya.

2. Awak, saya bukan seorang yang baik, bukan seorang yang mampu untuk membimbing semua orang. Tapi saya mahu awak tahu, saya ingin awak bimbing saya, saya ingin awak mengimamkan solat saya, saya ingin awak menegur jika saya melakukan kesalahan di mata awak dan saya juga ingin menegur awak sekiranya ada yang silap dari awak di mata saya.

3. Awak, sebagaimana saya ingin awak menerima saya, saya juga ingin awak menerima keluarga saya. Awak tentu tahu, saya adalah anak tunggal dalam keluarga saya. Jadi, saya lah yang menjaga ibu bapa saya. Jadi awak, sekiranya awak mencintai saya kelak, saya ingin juga awak mencintai keluarga saya. Saya juga akan cuba mencintai keluarga awak, sebagaimana sepatutnya saya lakukan,

4. Awak, sekiranya kita dikurniakan anak kelak, saya mahu awak dan saya bersama-sama menjadi pendidik kepada anak kita. Saya tak mahu salah seorang daripada kita sahaja yang akan bertungkus-lumus memantau anak-anak kita. Seeloknya, saya ingin menjadi seorang ibu dan guru untuk anak-anak saya, sementara awak jadilah guru ketika ketiadaan saya di rumah.

6. Awak, saya tak tahu samada saya sempat jumpa awak atau tidak. Andai kata saya tak berkesempatan untuk bertemu awak, saya ingin memberitahu bahawa inilah impian saya terhadap awak, sekian terima kasih, kepada awak, yang tidak saya kenali buat masa sekarang


No comments:

Post a Comment

Salam Ukhwah. Berapa orang sayang wani? Comment jum..

Maaf ye. Copyright blog ini hanya milik Hazwani Nordin