Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 28 August 2012

Kau Cinta Hatiku


Assalamualaikum pembuka kata kepada semua pembaca. Maaf kerana lama tak hupdate blog. Kalau dulu, setiap hari rasa nak hupdate blog, tapi sekarang ni busy sikit. Alhamdulillah, sekarang ni ada masa terluang sikit. Jadi, wani pon buatlah cerita ni. 

Wahai cinta hatiku, gunung cinta yang kau hadiahkan kepadaku mampu membuatku tersenyum dan gembira sekarang. Memandang wajahmu,kadang-kadang buatku berdebar. Kadang-kadang  cemburu bertandang kepadaku apabila aku melihatmu bersama orang lain. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa melihat wajahmu, membuatku kelemasan menanggung rindu. Semua tidak semudah yang disangka kan wahai cinta hatiku? Sangat sukar rupanya untuk menggapai bahagia. Ada sahaja halangan,ada sahaja rintangan. Yang pasti, kita tak mudah mengalah. Kita tidak cepat melatah. Kita percaya, kita pasti ketemu apa yang dicari selama ini. 

Yang ku cari, bukan sekadar cerita cinta biasa tapi lebih dari itu. Baca dan hayatilah..

Hebatkan GIMIK? Hahaha. Ayat jiwang tuh. Boleh buat novel dah kan? Hahaha. Memang betul apa yang diperkatakan tadi. Tapi, siapakah cinta hati wani ni? Jeng jeng jeng……….















Sebenarnya, wani akan rasa kehilangan bila tiada mereka. Orangnya adalah Amir Fitri dan Nurshahira. Amir Fitri wani kenal sejak wani tingkatan4. Kami mula rapat kerana dia memang peramah dengan semua orang. Mai wani cerita pasai Amir sikit na..



 Amir Fitri adalah bekas JPP Matrikulasi Negeri Sembilan. Dia seorang yang sangat sporting, kelakar,baik,pandai dan yang paling , dia seorang yang jujur. Alhamdulillah, selama kami berkawan, kami tak pernah ada masalah. Kenapa wani kata dia pandai? Sem1 dan Sem2 di matrik, dia skor 4flat. Sekarang dia sambung ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi dalam bidang Nuclear. Alhamdulillah, dia berjaya dapat pilihan pertama. Kenapa wani kata dia baik? Dia banyak tolong wani. Time sekolah menengah, wani akui yang wani ni ‘lampi’ sikit. Tahu tak lampi tu apa? LAMPI-lambat pickup. Faham? Singkatan tu. Time form4 , wani masuk kelas pure sains iaitu 4Alpha. Wani pernah dapat result Bio,Kimia,Fizik,Addmath FAILED! Terukkan? Wani memang tak berapa pandai. Yeah, I know.. Start dari itu, wani malu dengan kawan-kawan dalam kelas tu.Wani banyak tanya pada Amir bila wani tak faham. Dari itu lah, kami start rapat. Dia pula memang tak kedekut ilmu. Alhamdulillah. Dia banyak bagi wani semangat untuk terus berjaya.

Time wani form5, result Addmath wani sangat teruk! Selalu dapat D, E dan kadang-kadang gagal. Yeah, again, I know yang I kureng sikit math. Dah try macam-macam untuk cuba fahamkan addmath tapi tak faham-faham jugak. Bila nak dekat SPM, Amir rajin stay petang kat sekolah coz dia nak tolong ajar wani Addmath dan subjek lain. Then, nak dijadikan cerita, entah kenapa,time Amir ajar wani Addmath, wani tak faham-faham apa yang dia ajar. Ketika itu, kawan-kawan wani pun ada kat situ. Kami belajar sama-sama. Then, Amir mengamuk dan marah kat wani coz tak faham-faham apa yang dia ajar. Wani punyalah malu dengan kawan-kawan kat situ. Sampai merah lah muka ni sebab tahan malu. Bila balik rumah, menangis puas-puas. Tapi bila fikir balik, geram tau tak bila dimalukan depan orang! Tapi wani kenal Amir ni memang perangai dia macam tuh. Jadi, start dari insiden tu, wani belajar sendiri dan rajin stay up malam nak faham kan Addmath. Bila tak faham sangat, baru lah tanya Amir. Then, Alhamdulillah, result dapat B macam tu lah. Tak ingat pula result SPM. 

Bila masuk matrik pun, Amir still tolong wani. Bila wani tak faham pape, wani mesej dia. Then, dia balas mesej terangkan apa yang wani tak faham tu dalam 3 or 4 page.. Korang sanggup?! Dia sanggup. Itulah namanya TAK KEDEKUT ILMU. Sebelum exam Sem2, wani study dengan dia. Wani pi uma dia. Dia cikgu wani yang baik, dan penyayang. Alhamdulillah, result Sem2 ok. AMIR FITRI, first of all, THANK YOU SO MUCH coz banyak tolong wani. Wani harap semoga kita berdua berjaya. Dan wani harap hubungan persahabatan kita kekal selama-lamanya. Amin…..

Tadi wani kata nak cerita sikit je pasai Amir. Last2, cerita panjang pula. Hahaha. Halalkan lah segala terkurang dan terlebih tu ye.. Hari ini (28Ogos2012) wani dan iera ke rumah Amir untuk pergi beraya. Mula-mula sampai rumah dia, segan sangat2. Tak tahu nak cakap apa. Bila dah makan, minum, mulalah kitaorang borak panjang. Kemudian, kitaorang pi Tesco kat belakang rumah Amir tu. Saja nak jalan-jalan dengan dia. Ada something yang Amir buat time kami makan nasi ayam. Tapi wani tak nak lah cerita kat sini. Amir Fitri, kau lah kawan aku yang paling SPORTING yang pernah aku ada! TERBAIK! Aku takkan lupakan sampai bila-bila. Dan boleh pulak, iera dan amir manja-manja main hadphone sebelum order sampai. Buat   wani   jealous  je  tau  tak?!   Gurau je lah. Hahaha. Ni gambar kami bertiga time kat Tesco Bukit Beruntung. 







Ni Nurshahira..


 


Nurshahira Ismail juga kawan wani yang paling baik! Haha. Dia juga seorang yang pendiam. Kononnya lah. Padahal banyak mulut juga nih. Tak kenal maka tak cinta. Kan iera? Hahaha!   Dia sangat comel dan lemah lembut orangnya. Hahaha.. Dia sekarang sambung ijazah Sains Biologi kat Pahang. Ni pertama kali dia keluar dari Selangor. Dia risau sangat. Bila dia luahkan kat wani, wani bagi nasihat kat dia supaya dia tak payah risau sangat. Ada hikmah lah dia belajar jauh. Tapi sebenarnya, wani pun risau dia. Lintas jalan pun pegang tangan wani kuat-kuat. NURSHAHIRA, InsyaAllah, percaya lah pada Allah. Dia yang akan jaga awak tak kira awak kat mana. Doa pada Dia supaya Dia lindungi awak setiap masa. InsyaAllah. Itu sahaja yang wani boleh kata. 

Ni pula gambar kami berdua time dia mai umah wani. 



Jadi, sebenarnya family dan kawan lebih penting dari “boyfriend or girlfriend”. Itu pendapat wani. Kawan biar beribu, kekasih biar satu. Satu tu biarlah yang halal. Kawan time kita senang, mudah nak cari. Tapi kawan time kita susah, payah nak cari. Jadi, wahai cinta hatiku yang bernama Amir Fitri dan Nurshahira, saya Nurhazwani harap supaya hubungan persahabatan kita ini kekal sampai bila-bila. Amin..



1 comment:

  1. lar nape upload gmbr...malunyerrrr....huhu
    anyway thanx for this entry... :)love you...

    ReplyDelete

Salam Ukhwah. Berapa orang sayang wani? Comment jum..

Maaf ye. Copyright blog ini hanya milik Hazwani Nordin